Showing posts with label Jom Simpan Emas. Show all posts
Showing posts with label Jom Simpan Emas. Show all posts

Tuesday, 29 December 2015

Simpan Wang RM1000 Atau Beli Emas Bernilai RM1000?

ASB telah mengumumkan dividen dan bonus pada tahun ini. Bagi penyimpan / pelabur dapat menikmati dividen ASB sebanyak 7.25% dan bonus 0.5%. Akhbar Astro Awani telah memaparkan carta dividen dan bonus ASB dari tahun 1990 sehingga 2015. Laporan penuh boleh dilihat di sini.

Saya telah menganalisa perbandingan simpanan RM1000 ke dalam ASB dari 2001 atau wang RM1000 itu ditukar kepada emas pada tahun yang sama.

Pada tahun 2001, harga emas 999.9 sekitar RM36.00 segram. Oleh itu, dengan wang RM1000, anda boleh membeli emas seberat 28 gram. Jom kita buat perbandingan menyimpan emas 28 gram dengan melabur wang RM1000 ke dalam ASB pada tahun 2001.


Selepas 1 tahun iaitu tahun 2002, dividen ASB adalah sebanyak 7% dan bonus ASB adalah 3%. Simpanan ASB anda menjadi RM1100 pada tahun tersebut.

Kita lihat pula harga emas 28 gram pada tahun 2002. Pada tahun tersebut harga emas adalah RM45.00 per gram. Maka, nilai 28 gram emas pada tahun tersebut ialah RM1260. Perbezaan nilai sebanyak RM160.00

Selepas 14 tahun, peratus keuntungan simpanan wang RM1000 dan juga emas 28 gram jauh berbeza. Pada tahun 2015, jumlah simpanan ASB sebanyak RM3265.39 manakala nilai emas 28 gram adalah RM5068. Keuntungan menyimpan emas adalah sebanyak 55% lebih tinggi daripada menyimpan wang RM1000. 

Nampak tak untungnya simpan emas dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya kita simpan lagi 5 tahun  dengan penetapan dividen 8% dan bonus 3%, wang simpanan kita di dalam ASB adalah seperti di bawah:

2016 : RM 3624.58
2017 : RM 3663.29
2018 : RM 4042.25
2019 : RM 4486.90
2020 : RM 4980.46

Harga emas tahun 2020 dijangka RM503 segram. Jom kira nilai simpanan emas pada tahun 2020



Oleh itu, 28 gram X RM 503 = RM14,084.00

Keuntungan simpan emas pada tahun 2020 dijangka 182.78% berbanding simpanan wang! Itulah sebabnya kenapa kita perlu simpan emas. Ia adalah sangat menguntungkan dalam jangka masa panjang.

Jom simpan emas sekarang. 1 gram 1 bulan 1 keluarga


Noriah | Stokis Powergold | Hubungi Saya | Senarai Ejen | Produk



Wednesday, 9 December 2015

7 Sebab Emas Sesuai Dijadikan Simpanan

Berikut adalah 7 sebab mengapa emas sesuai dijadikan simpanan.

SEBAB #1 - PELBAGAIKAN SIMPANAN 

Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri termasuklah simpanan atau pelaburan emas. Emas merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang.  Sebagai contoh, bagi mengumpul modal untuk pelaburan hartanah duit tunai yang dimiliki boleh juga disimpan dalam bentuk EMAS. Kepelbagaian dalam simpanan mahupun pelaburan akan dapat mengurangkan risiko.




SEBAB #2 - DUIT SIMPANAN TAHAN LAMA

Duit simpanan biasanya lebih tahan lama jika ditukarkan kepada emas. Mereka yang telah memulakan simpanan emas akan mempunyai kecenderungan dan semangat untuk mengumpul harta. Selain itu, ia akan dapat membendung nafsu berbelanja jika duit tunai berada di tangan.

SEBAB #3 - EMAS TAHAN INFLASI 

Sejak 1400 tahun yang lalu dan sehingga kini, 1 Dinar (emas 4.25 gram) masih mampu untuk membeli seekor kambing. Ini mengambarkan kepada kita bahawa emas tahan inflasi dan simpanan emas mampu mengurangkan kerisauan kita terhadap kenaikan harga barang dalam jangka panjang. Begitu juga dahulu zaman sekolah, saya masih ingat boleh membeli nasi lemak yang berharga RM0.50 sebungkus. Sekarang ini, dengan saiz dan isi nasi lemak yang sama harganya telah mencapai RM1.50 sebungkus. Itu mengambarkan kesan inflasi terhadap duit kertas.  


SEBAB #4 - KRISIS KEWANGAN 

Orang yang menyimpan emas akan dapat mengurangkan kerisauan terhadap nilai ringgit yang semakin menurun. Berdasarkan sejarah, emas selamat daripada bencana kewangan kerana kuasa beli emas tetap bertahan walaupun berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik semasa sesebuah negara. Masih ingat lagikah pada tahun 1997,RINGGIT MALAYSIA (RM) pernah mengalami kejatuhan kekal sebanyak 30% berbanding US Dollar. Pada masa itu, jika seseorang mempunyai duit kertas (RM) yang banyak sekalipun, hakikatnya hanya memiliki kertas yang mempunyai nilai yang rendah. Nilai sebenar duit kertas bukan pada kertasnya, tetapi terletak kestabilan ekonomi, politik negara dan juga jaminan daripada kerajaan. 

Sebagai contoh lain, kerajaan Malaysia pernah mengeluarkan duit syiling RM1, namun semenjak 7 Disember 2005 duit syiling tersebut tidak sah dan laku lagi untuk digunakan. Jika mempunyai emas, nilai tersebut akan terus bertahan sehingga kini dan dalam jangka panjang nilai emas lebih stabil. 

SEBAB #5 - EMAS JADI MODAL 

Bagi mereka yang menyimpan emas ditangan, emas tersebut masih boleh digunakan untuk dijadikan modal bagi kegunaan pelaburan lain. Emas boleh dipajak atau dijual bagi mendapatkan tunai. Jika duit tunai di simpan dibank dan diharapkan dividen semata-mata, tidak dinafikan ia selamat tetapi nilai dividen yang diperolehi semakin menurun kesan daripada krisis kewangan yang melanda. Pengalaman rakan belajar di Kelantan dahulu, mengingatkan saya makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah yang menjadikan emas perhiasan sebagai modal pusingan mereka untuk berniaga. Bagi mereka, emas lebih bertahan berbanding duit tunai yang mudah 'bocor' atau 'terbelanja'. 


SEBAB #6 - HARTA MUDAH ALIH 

Teringat buku The ABC of Gold Investing - How to Protect and Build Your Wealth With Gold yang menceritakan semasa peperangan pada pertengahan 1970-an diantara US dan Vietnam, ramai pelarian Vietnam yang lari meninggalkan negara dan menjadi pelarian. Ada diantara mereka yang menjual segala harta yang dimiliki dan menukarkan harta tersebut kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakanVietnam Kim Thant. Semasa peperangan tersebut, duit kertas tidak bernilai lagi dan kepingan-kepingan emas tersebut mereka gunakan untuk memulakan kehidupan baru termasuklah bagi memulakan perniagaan. Ini mengambarkan emas boleh menjadi harta mudah alih untuk kegunaan masa hadapan. 



SEBAB #7 - SAYANG UNTUK DIJUAL 

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka yang menyimpan emas mempuyai perasaan 'sayang untuk dijual' emas-emas yang dimiliki. Tidak kiralah sama ada memiliki barang perhiasan emas, syiling emas, kepingan emas mahupun jongkong emas mempuyai perasaan sayang dan ingin terus bertahan menyimpan sehingga benar-benar diperlukan. Ini kerana telah menjadi lumrah, keseronokan EMAS kerana memiliki dan DISIMPAN. Manakala, keseronokan DUIT memperolehi dan DIBELANJAKAN!

Jom mulakan simpanan emas anda sekarang!
1 gram 1 bulan 1 keluarga

Noriah | Produk | Senarai Ejen | Sertai Ahli | Facebook | 0129817976

Tuesday, 10 November 2015

Simpan Barang Kemas Atau Gold Bar. Mana Satu Lebih Menguntungkah?

Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan :
Barang kemas direka sangat cantik, menarik minat golongan wanita
  • Semestinya barang kemas di bentuk supaya nampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh si pemakai, jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimunkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakkan.
  • Barang kemas boleh dijadikan sumber mendapatkan cash segera dan sumber modal untuk perniagaan yang terbaik kerana ianya boleh digadaikan di Arrahnu untuk mendapatkan cash. Sebaiknya belilah barang kemas berketulenan 999 kerana nilainya tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
  • Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik.
  • Sepanjang masa harga barang kemas semakin meningkat harganya, cuba imbas kemabli berapakah harga barang kemas semasa perkahwinan ibu bapa kita dahulu dan bandingkan dengan harga sekarang, barang kemas boleh dijual apabila harga meningkat.
Kekurangan Barang Kemas pula adalah :
  • Harga barang kemas biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga gold bar, biasanya harga dijual harga FGJAM namun ada juga yang dijual rendah daripada harga FGJAM.
  • Kos upah (workmanship) menyebabkan harga barang kemas agak tinggi berbanding gold bar, semakin cantik design semakin sukar barang kemas untuk dibentuk maka semakin tinggilah kos upahnya.
  • Disebabkan ianya adalah untuk perhiasan pengguna biasanya terpengaruh untuk membeli emas yang mempunyai batu permata yang tidak diambil kira dalam menimbang berat emas semasa barang kemas hendak dijual nanti.
  • Susut nilai barang kemas juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan gold bar iaitu diantara 20% – 40%  kerana apabila keluar sahaja daripada kedai emas ianya  telah dikira used gold.
  • Barang kemas berfesyen juga mudah rosak (putus, bengkok, kemek) dan menjadikan nilai susutnilai semakin tinggi kerana dikira sebagai emas rosak.

Kelebihan Gold Bar sebagai pelaburan :
1 gram Gold Bar Powergold

  • Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.
  • Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.
  • Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).
  • Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.
  • Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10% – 30%. perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.
  • Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

Kekurangan Gold Bar sebagai pelaburan :
  • Oleh kerana ianya bukanlah untuk tujuan perhiasan , pembeli tidak dapat merasai kepuasaan pemakaian sebagaimana barang kemas, ianya tidak boleh dipakai dan cuma dibeli untuk disimpan.
  • Walaupun pada dasarnya Gold Bar mempunyai spesifikasi berat dan ketulenan yang sama namun syarikat pengeluar biasanya membeli Gold Bar keluaran syarikat lain lebih rendah daripada Gold Bar keluaran syarikat mereka sendiri, jadi pembeli perlulah menjual kembali Gold Bar mereka kepada syarikat pengeluar bagi memaksimunkan keuntungan.
  • Gold biasanya didatangkan bersama sijil ketulenan dan no siri unik yang tersendiri, kehilangan sijil ketulenan boleh menyebabkan penyusutan harga Gold bar anda atau dikenakan penalti oleh syarikat pengeluar dan ianya mengurangkan keuntungan anda.

Jadi beli barang kemas atau beli gold bar untuk palaburan adalah lebih baik ? Terpulang kepada anda. Ikut minat anda. Barang kemas atau gold bar, kedua-duanya untung sebab keduanya EMAS!
Sekiranya anda ingin mendapatkan emas dengan harga yang berpatutan, anda boleh hubungi saya
Whatsapp / Telegram 0129817976 - Noriah atau
Emailkankan ke sweetlunagold[at]gmail[dot]com atau
Senarai produk emas Powergold boleh dilihat di sini
Anda juga boleh mendapatkan emas dengan ejen saya. Senarai ejen boleh dilihat di sini
Sekiranya anda ingin membeli emas dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, anda boleh menyertai Powergold bersama saya. Borang keahlian ada di bawah entry ini. Keterangan tentang Pakej Powergold, sila sihat di sini

Jom simpan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.