Tuesday, 10 November 2015

Simpan Barang Kemas Atau Gold Bar. Mana Satu Lebih Menguntungkah?

Kelebihan Barang Kemas Sebagai Pelaburan :
Barang kemas direka sangat cantik, menarik minat golongan wanita
  • Semestinya barang kemas di bentuk supaya nampak cantik dan sesuai untuk digayakan oleh si pemakai, jadi pelaburan melalui barang kemas memberi kepuasan kepada pembeli kerana dapat memaksimunkan penggunaan emas yang dibeli iaitu boleh dipakai dan digayakkan.
  • Barang kemas boleh dijadikan sumber mendapatkan cash segera dan sumber modal untuk perniagaan yang terbaik kerana ianya boleh digadaikan di Arrahnu untuk mendapatkan cash. Sebaiknya belilah barang kemas berketulenan 999 kerana nilainya tinggi jika dibandingkan dengan emas 916.
  • Emas dalam bentuk barang kemas mempunyai nilai sentimental value yang tinggi dan mengerat kasih sayang diantara pemberi dan penerima, menjadikan ianya akan disimpan lama bagi menghargai sentimental value tersebut dan secara tidak langsung telah menjadi pelaburan jangka panjang yang baik.
  • Sepanjang masa harga barang kemas semakin meningkat harganya, cuba imbas kemabli berapakah harga barang kemas semasa perkahwinan ibu bapa kita dahulu dan bandingkan dengan harga sekarang, barang kemas boleh dijual apabila harga meningkat.
Kekurangan Barang Kemas pula adalah :
  • Harga barang kemas biasanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga gold bar, biasanya harga dijual harga FGJAM namun ada juga yang dijual rendah daripada harga FGJAM.
  • Kos upah (workmanship) menyebabkan harga barang kemas agak tinggi berbanding gold bar, semakin cantik design semakin sukar barang kemas untuk dibentuk maka semakin tinggilah kos upahnya.
  • Disebabkan ianya adalah untuk perhiasan pengguna biasanya terpengaruh untuk membeli emas yang mempunyai batu permata yang tidak diambil kira dalam menimbang berat emas semasa barang kemas hendak dijual nanti.
  • Susut nilai barang kemas juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan gold bar iaitu diantara 20% – 40%  kerana apabila keluar sahaja daripada kedai emas ianya  telah dikira used gold.
  • Barang kemas berfesyen juga mudah rosak (putus, bengkok, kemek) dan menjadikan nilai susutnilai semakin tinggi kerana dikira sebagai emas rosak.

Kelebihan Gold Bar sebagai pelaburan :
1 gram Gold Bar Powergold

  • Harga Gold Bar biasanya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang kemas jadi ianya pelaburan yang baik.
  • Gold Bar lebih mudah untuk disimpan berbanding barang kemas, bentuknya yang kecil dan simple membolehkan ianya disimpan mengikut kreativiti masing-masig asalkan iannya selamat dan tidak hilang.
  • Susut nilai Gold Bar biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan barang kemas kerana ianya adalah emas jenis solid dan berketulenan 999 (24 K).
  • Gold Bar juga lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak seperti barang kemas, jadi nilai nya sentiasa dapat dikekalkan tanpa perlu bimbang susut nilai tambahan kerana kerosan seperti yang wujud pada barang kemas.
  • Perbezaan jual beli (spread gold bar) juga lebih rendah iaitu sekitar 5%-8% berbanding barang kemas sekitar 10% – 30%. perbezaan yang tinggi menyebabkan pelabur lambat mendapat keuntungan.
  • Dari segi target untuk jualan semula, gold bar lebih besar marketnya kerana pembeli boleh terdiri daripada kaum lelaki dan juga perempuan, sementara barang kemas biasanya target market lebih kepada kaum wanita.

Kekurangan Gold Bar sebagai pelaburan :
  • Oleh kerana ianya bukanlah untuk tujuan perhiasan , pembeli tidak dapat merasai kepuasaan pemakaian sebagaimana barang kemas, ianya tidak boleh dipakai dan cuma dibeli untuk disimpan.
  • Walaupun pada dasarnya Gold Bar mempunyai spesifikasi berat dan ketulenan yang sama namun syarikat pengeluar biasanya membeli Gold Bar keluaran syarikat lain lebih rendah daripada Gold Bar keluaran syarikat mereka sendiri, jadi pembeli perlulah menjual kembali Gold Bar mereka kepada syarikat pengeluar bagi memaksimunkan keuntungan.
  • Gold biasanya didatangkan bersama sijil ketulenan dan no siri unik yang tersendiri, kehilangan sijil ketulenan boleh menyebabkan penyusutan harga Gold bar anda atau dikenakan penalti oleh syarikat pengeluar dan ianya mengurangkan keuntungan anda.

Jadi beli barang kemas atau beli gold bar untuk palaburan adalah lebih baik ? Terpulang kepada anda. Ikut minat anda. Barang kemas atau gold bar, kedua-duanya untung sebab keduanya EMAS!
Sekiranya anda ingin mendapatkan emas dengan harga yang berpatutan, anda boleh hubungi saya
Whatsapp / Telegram 0129817976 - Noriah atau
Emailkankan ke sweetlunagold[at]gmail[dot]com atau
Senarai produk emas Powergold boleh dilihat di sini
Anda juga boleh mendapatkan emas dengan ejen saya. Senarai ejen boleh dilihat di sini
Sekiranya anda ingin membeli emas dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, anda boleh menyertai Powergold bersama saya. Borang keahlian ada di bawah entry ini. Keterangan tentang Pakej Powergold, sila sihat di sini

Jom simpan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.