Berikut adalah 7 sebab mengapa emas sesuai dijadikan simpanan.
SEBAB #1 - PELBAGAIKAN SIMPANAN
Setiap jenis pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri termasuklah simpanan atau pelaburan emas. Emas merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan sebagai simpanan atau pelaburan jangka panjang. Sebagai contoh, bagi mengumpul modal untuk pelaburan hartanah duit tunai yang dimiliki boleh juga disimpan dalam bentuk EMAS. Kepelbagaian dalam simpanan mahupun pelaburan akan dapat mengurangkan risiko.
SEBAB #2 - DUIT SIMPANAN TAHAN LAMA
Duit simpanan biasanya lebih tahan lama jika ditukarkan kepada emas. Mereka yang telah memulakan simpanan emas akan mempunyai kecenderungan dan semangat untuk mengumpul harta. Selain itu, ia akan dapat membendung nafsu berbelanja jika duit tunai berada di tangan.
SEBAB #3 - EMAS TAHAN INFLASI
Sejak 1400 tahun yang lalu dan sehingga kini, 1 Dinar (emas 4.25 gram) masih mampu untuk membeli seekor kambing. Ini mengambarkan kepada kita bahawa emas tahan inflasi dan simpanan emas mampu mengurangkan kerisauan kita terhadap kenaikan harga barang dalam jangka panjang. Begitu juga dahulu zaman sekolah, saya masih ingat boleh membeli nasi lemak yang berharga RM0.50 sebungkus. Sekarang ini, dengan saiz dan isi nasi lemak yang sama harganya telah mencapai RM1.50 sebungkus. Itu mengambarkan kesan inflasi terhadap duit kertas.
SEBAB #4 - KRISIS KEWANGAN
Orang yang menyimpan emas akan dapat mengurangkan kerisauan terhadap nilai ringgit yang semakin menurun. Berdasarkan sejarah, emas selamat daripada bencana kewangan kerana kuasa beli emas tetap bertahan walaupun berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik semasa sesebuah negara. Masih ingat lagikah pada tahun 1997,RINGGIT MALAYSIA (RM) pernah mengalami kejatuhan kekal sebanyak 30% berbanding US Dollar. Pada masa itu, jika seseorang mempunyai duit kertas (RM) yang banyak sekalipun, hakikatnya hanya memiliki kertas yang mempunyai nilai yang rendah. Nilai sebenar duit kertas bukan pada kertasnya, tetapi terletak kestabilan ekonomi, politik negara dan juga jaminan daripada kerajaan.
Sebagai contoh lain, kerajaan Malaysia pernah mengeluarkan duit syiling RM1, namun semenjak 7 Disember 2005 duit syiling tersebut tidak sah dan laku lagi untuk digunakan. Jika mempunyai emas, nilai tersebut akan terus bertahan sehingga kini dan dalam jangka panjang nilai emas lebih stabil.
SEBAB #5 - EMAS JADI MODAL
Bagi mereka yang menyimpan emas ditangan, emas tersebut masih boleh digunakan untuk dijadikan modal bagi kegunaan pelaburan lain. Emas boleh dipajak atau dijual bagi mendapatkan tunai. Jika duit tunai di simpan dibank dan diharapkan dividen semata-mata, tidak dinafikan ia selamat tetapi nilai dividen yang diperolehi semakin menurun kesan daripada krisis kewangan yang melanda. Pengalaman rakan belajar di Kelantan dahulu, mengingatkan saya makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah yang menjadikan emas perhiasan sebagai modal pusingan mereka untuk berniaga. Bagi mereka, emas lebih bertahan berbanding duit tunai yang mudah 'bocor' atau 'terbelanja'.
SEBAB #6 - HARTA MUDAH ALIH
Teringat buku The ABC of Gold Investing - How to Protect and Build Your Wealth With Gold yang menceritakan semasa peperangan pada pertengahan 1970-an diantara US dan Vietnam, ramai pelarian Vietnam yang lari meninggalkan negara dan menjadi pelarian. Ada diantara mereka yang menjual segala harta yang dimiliki dan menukarkan harta tersebut kepada kepingan-kepingan emas yang dinamakanVietnam Kim Thant. Semasa peperangan tersebut, duit kertas tidak bernilai lagi dan kepingan-kepingan emas tersebut mereka gunakan untuk memulakan kehidupan baru termasuklah bagi memulakan perniagaan. Ini mengambarkan emas boleh menjadi harta mudah alih untuk kegunaan masa hadapan.
SEBAB #7 - SAYANG UNTUK DIJUAL
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka yang menyimpan emas mempuyai perasaan 'sayang untuk dijual' emas-emas yang dimiliki. Tidak kiralah sama ada memiliki barang perhiasan emas, syiling emas, kepingan emas mahupun jongkong emas mempuyai perasaan sayang dan ingin terus bertahan menyimpan sehingga benar-benar diperlukan. Ini kerana telah menjadi lumrah, keseronokan EMAS kerana memiliki dan DISIMPAN. Manakala, keseronokan DUIT memperolehi dan DIBELANJAKAN!
Jom mulakan simpanan emas anda sekarang!
1 gram 1 bulan 1 keluarga
Noriah | Produk | Senarai Ejen | Sertai Ahli | Facebook | 0129817976
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda