Showing posts with label ahli powergold. Show all posts
Showing posts with label ahli powergold. Show all posts

Saturday, 12 September 2015

Bagaimana Menyimpan Emas?

Antara soalan yang kerap ditanya, kalau beli emas ni nak simpan mana? Tak hilang ke kalau simpan kat rumah?

Tapi kan masa saya nak beli gold bar pertama saya, saya tak tanya soalan ni. Sebab, bagi saya harta benda semua ni pinjaman sahaja. Kalau ditakdirkan kita hanya memiliki harta tersebut dalam tempoh tersebut, ia akan tetap pergi juga walau dengan apa cara sekali pun. Tapi bila dah berfikiran begitu, jangan pulak kita sambil lewa menyimpan barang berharga kita.

Sebenarnya apa yang kita beli, sama ada motosikal, kereta, jam tangan, beg tangan dan sebagainya ada potensi untuk hilang. Oleh itu, tak perlu la saya rasa kita terlalu rigid dengan fikiran negatif yang membantutkan usaha kita untuk menjadi penyimpan emas sejati.


Bagaimanakah Cara Menyimpan Emas?

Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas. Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

Tapi kalau anda rasa memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.

Berikut adalah senarai bank yang menyediakan Safe Deposit Box untuk disewa

  • Maybank (cawangan tertentu), kos sewaannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak. 
  • Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
  • CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-


  • Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
  • 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
  • Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
  • Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.
Contoh Safe Deposit Box

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya.

Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal ramai orang simpan wang fiat berhelai-helai di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan.

Kempen 1 bulan 1 gram 1 keluarga

Thursday, 10 September 2015

Kenali Penjual Emas Anda

Sebelum membeli emas, anda perlu kenal siapakah penjual tersebut. Pada zaman sekarang, ramai yang mengambil kesempatan menjual emas tiruan. Ramai dah terkena, oleh itu sila hati-hati.

Siapa saya?
Anda yang kenal Sweet Luna Shop pasti kenal saya. Saya menjalankan perniagaan menjual cloth diapers aka lampin kain moden sejak tahun 2011 dan masih menjual cloth diapers. Anda boleh membeli cloth diapers terus melalui website saya www.sweetlunashop.com

Ok, inilah saya (selfie terbaik kot)...
Team saya

Ok, saya bukan nak cerita tentang cloth diapers di sini. Seperti apa yang Puan Ainon cakap, peniaga yang berjaya akan menjual pelbagai jenis bentuk perniagaan. Bermula dengan 1 perniagaan, buat perniagaan kedua dengan mendapatkan modal daripada keuntungan perniagaan pertama. Orang yang hanya menumpu pada 1 perniagaan sahaja sebenarnya telah rugi banyak. Saya ambil kata-kata tersebut sebagai motivasi.

Tapi kenapa Powergold? Pada awalnya saya hanya mahu menjadi gold saver. Sedikit untung Sweet Luna Shop saya mahu simpan dalam bentuk emas. Selepas buat kira-kira, kalau saya jadi ahli Powergold, beli goldbar segram sebulan, saya jimat RM20 sebab harga ahli dan harga jualan berbeza. Harga jualan biasanya RM20 segram lebih mahal daripada harga ahli. So, kalau saya membeli emas dengan harga ahli selama setahun, saya dah jimat RM240. Wow, banyak tu! Boleh beli 1 keping lagi goldbar 1 gram. Ok, saya decide join ahli pakej RM450 free 1/4 dinar.

Suku Dinar daripada Pakej RM450.00

Dah join ahli, saya rasa kenapa tidak kongsi dan ajak orang untuk simpan emas? Sambil2 boleh jual emas. Tak beli pon, orang dapat ilmu daripada apa yang share pun dah cukup bagus.

Dan lagi saya suka sebab bisnes tak mengganggu adrenaline saya sebab tak perlu kejar deadline. Saya boleh kumpul bonus saya dalam powergold. Carry foward for the next month pon boleh. Bonus saya tak burn kalau tak capai target pada bulan tersebut. Maka, saya boleh cakap bisness Powergold ni adalah bisness santai-santai sahaja tapi boleh buat duit.... Hahaha

Sedikit perkongsian dari saya tentang Powergold. Kepada anda yang nak jadi ahli Powergold, boleh hubungi saya 0129817976 - whatsapp / telegram

Sebarang infor boleh ke Facebook Page saya atau instgaram @sweetlunagold .

Kempen 1 bulan 1 gram 1 keluarga



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.