Showing posts with label dinar. Show all posts
Showing posts with label dinar. Show all posts

Sunday, 27 September 2015

Dinar Atau Gold Bar. Mana Satu Pilihan Anda

Selalu jugak orang tanya saya, mana lebih baik samada gold bar atau dinar? Entry ini menerangkan serba sedikit tentang dinar dan gold bar.

GOLDBAR

1 gram Gold Bar

  • Ketulenanya adalah 999.9 atau bergred 24k. Biasa org panggil emas 10.
  • Dipasaran kini ada yg dijual sekecil 1gram & berkombinasi 5g, 10g, 20g, 50g, 100g & ke atas.
  • Goldbar ni berbentuk segi empat.
  • Spread di Powergold dlm 7% (ahli)
  • Jika mampu milik boleh miliki sekecil 1gram dlm bajet RM200


DINAR

1 dinar = matawang sunnah = 4.25 gram emas

  • Dinar berbentuk syiling yg juga diperbuat drpd emas. Ianya merupakan syiling sunnah atau islamic coin.
  • Di pasaran kini Dinar Emas ada yg berketulenan 916 & 917 tapi masih lagi bergred 22k. Ada juga yg dijual dalam ketulenan 999 bergred 24k seperti mana yang dijual di Powergold.
  • Berat bagi Dinar Emas ni telah ditetapkan mengikut piawaian sejak zaman Khalifah Umar lagi yang mana berat 1 Dinar Emas ialah 4.25g yg bersamaan dengan 10 dirham.
  • Kombinasi Dinar Emas di pasaran kini ada yang dijual sekecil 1/4 dinar, ada juga 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 4 dinar, 5 dinar, 8 dinar, 10 dinar, 20 dinar.
  • Di Powergold, kami memperkenalkn dinar sekecil 1/4 dinar, 1 dinar & yang paling besar adalah 2 dinar.
1/4 Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar Powergold ~ 999.9 ~ 24K
  • Kita boleh bajet dalam RM200 ke bawah untuk memiliki 1/4 Dinar.
  • Spread di Powergold utk Dinar Emas ini adalah dalam 7%-8% (ahli)

Walaupun Goldbar ada dijual dalam gram paling kecil iaitu 1g, kebiasaannya orang suka dalam gram yang besar. Sebagai contoh kita mahu gunakan cash dalam RM500, tak perlulah sampai nak dirahnu atau dijual gram yang besar. So kita boleh gunakan GB gram yang kecil & juga Dinar.

Tambahan info, disebabkan Powergold ni masih lagi baru menapak di Malaysia, jadi bukan semua Rahnu menerima produk emas Powergold. Tapi jika dibandingkan, Dinar lebih banyak diterima Rahnu berbanding gold bar.

Susut nilai Dinar in general lebih tinggi berbanding gold bar

So kalau bagi sesiapa yg masih rambang mata nak pilih yg mana maybe boleh timbangkan  pro n kontra dari segi harga /gm dan susut nilainya.

Contoh

Harga terbaru hari ni (27 September 2015)
1g GB harga ahli RM183
Harga buyback RM171
Susut nilai 6.6%

5gram GB harga ahli RM905 (harga / gram - RM181/g)
Harga Buyback RM169/g
Susust nilai 6.6%

1 Dinar (4.25g) harga ahli RM781.25 (harga / gram - RM183/g)
Harga buyback RM169/g
Susut nilai 7.7%

P/S :

  • Beli Emas waktu Anda Ada Duit
  • Jangan Tunggu Harga Rendah
  • Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja, kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit! Bukannya sewaktu harga emas sedang murah! Sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benar-benar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah sebab ianya EMAS! (bukannya besi!).
  • Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat.

Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi.

Untunglah siapa yang beli semalam atau bulan lepas, sbb hari ni dah dapat rasai kenaikan harga emas. Tak perpu tunggu lagi 5 tahun pun dah mula dpt rasa keuntungan simpan .emas.

WE. GOLD. BILLIONAIRE

Kredit untuk Stokis Nori Manap

Pada pandangan saya, terpulang kepada individu untuk menyimpan dinar atau gold bar kerana kedua-duanya adalah EMAS. Walaupun susut nilai dinar lebih tinggi tapi dinar adalah matawang Islam. Jangan tak tahu ada kumpulan yang menjalankan urusan jual beli dengan dinar dan dirham dan kita tidak tahu pada masa akan datang dinar ini kembali menjadi matawang dunia.

Sebagai contoh :

1400 tahun dahulu, 1 ekor kambing = 1 dinar
Kini 1439, 1 ekor kambing = 1 dinar

Jom simpan emas, sebulan segram

Pilihan anda : Gold Bar, Dinar, Syiling Emas -----------> Click Sini

Untuk membuat tempahan, isi borang Di Sini

Anda boleh berhubung terus dengan saya melalui Whatsapp / Telegram 0129817976


Monday, 21 September 2015

Simpan Dinar Untuk Haji. Bagaimana Caranya?

Simpan dinar untuk haji. Menarik tak?

Mengerjakan haji ke Mekah merupakan rukun Islam kelima. Sudah menjadi kewajipan setiap muslim untuk menyimpan hasrat menunaikan haji
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”
Apa kaitan dinar dengan kos mengerjakan haji? Dinar adalah emas, emas boleh ditukar dengan duit. Nilai emas meningkat sekurang - kurangnya 15% setiap tahun namun nilai wang fiat akan merosot 
nilainya sebanyak 5% setahun.

Simpanan dalam bentuk emas dapat mengelakkan kita membelanjakan simpanan itu. Berlainan dengan wang fiat, begitu senang untuk dicairkan. Kalau emas, nak jual balik kena pergi ke kedai emas, kalau emas powergold perlu dihantar ke HQ untuk dinilai sebelum mendapat wang. Prosesnya rumit. Berbeza dengan wang kertas, even duit dalam tabung haji pun amat mudah dikeluarkan. Anda boleh sahaja mengeluarkan wang tersebut dari mesin ATM dan anda terus punya wang untuk belanja. Maka, lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan wang.


Jom kira kos mengerjakan haji

Jom kita kira kos haji dengan membandingkan harga dinar di atas
2015 = RM17,300 , harga 1 keping dinar = RM780 = 22 keping
2014 = RM16,000 , harga 1 keping dinar = RM663 = 25 keping
2013 = RM15,500, harga 1 keping dinar = RM563 = 27 keping

Ok, sekiranya anda menyimpan dinar bermula tahun 2013 dengan harga RM563 sekeping

Tahun 2013 = 12 keping = RM6756
Tahun 2014 = 12 keping =RM7956
Tahun 2015, harga 1 dinar adalah RM780.

Jika dijual emas tersebut dengan susut nilai 8%
Harga dinar adalah RM717.60

24 keping X RM717.60 = 17, 222.40

Jom kira simpanan wang pula

Sebulan rm600 nett disimpan dari tahun 2013
2013 = RM7200
2014 = RM7200

Jumlah wang pada 2015 = RM14,400 ( kos haji masih tidak mencukupi)

Kita boleh lihat perbezaan di antara menyimpan kepingan emas berbanding menyimpan wang fiat. Simpanan dinar tetap 1 keping tetapi sekiranya wang fiat disimpan dengan nilainya akan merosot saban tahun.


Info dari Tabung Haji:

Sekiranya duit di dalam tabung haji masih tidak mencukupi namun anda mempunyai bajet untuk mengerjakan haji pada tahun tersebut, anda boleh buat rayuan. Rayuan hendaklah pada tahun yang sama. Di sinilah peranan menyimpan dinar. Bila dinar kita sudah cukup, boleh merayu pada Tabung Haji dan sekiranya rayuan berjaya, kita jual dinar kita untuk mencukupkan wang di dalam Tabung Haji.

Jom kita berazam menjadi tetamu Allah pada usia yang muda! Ubah.... Simpan Dinar untuk pergi haji

Tips simpan emas : Jangan tengok berapa RM harga emas itu tapi fokus kepada berapa GRAM yang hendak dibeli

Nak beli emas, anda boleh membuat pesanan di sini atau

Whatsapp / Telegram Noriah - 0129817976 atau 

Email di sweetlunagold[at]gmail[dot]com

Anda juga boleh lihat semua produk Powergold di sini

Thursday, 10 September 2015

Kenali Penjual Emas Anda

Sebelum membeli emas, anda perlu kenal siapakah penjual tersebut. Pada zaman sekarang, ramai yang mengambil kesempatan menjual emas tiruan. Ramai dah terkena, oleh itu sila hati-hati.

Siapa saya?
Anda yang kenal Sweet Luna Shop pasti kenal saya. Saya menjalankan perniagaan menjual cloth diapers aka lampin kain moden sejak tahun 2011 dan masih menjual cloth diapers. Anda boleh membeli cloth diapers terus melalui website saya www.sweetlunashop.com

Ok, inilah saya (selfie terbaik kot)...
Team saya

Ok, saya bukan nak cerita tentang cloth diapers di sini. Seperti apa yang Puan Ainon cakap, peniaga yang berjaya akan menjual pelbagai jenis bentuk perniagaan. Bermula dengan 1 perniagaan, buat perniagaan kedua dengan mendapatkan modal daripada keuntungan perniagaan pertama. Orang yang hanya menumpu pada 1 perniagaan sahaja sebenarnya telah rugi banyak. Saya ambil kata-kata tersebut sebagai motivasi.

Tapi kenapa Powergold? Pada awalnya saya hanya mahu menjadi gold saver. Sedikit untung Sweet Luna Shop saya mahu simpan dalam bentuk emas. Selepas buat kira-kira, kalau saya jadi ahli Powergold, beli goldbar segram sebulan, saya jimat RM20 sebab harga ahli dan harga jualan berbeza. Harga jualan biasanya RM20 segram lebih mahal daripada harga ahli. So, kalau saya membeli emas dengan harga ahli selama setahun, saya dah jimat RM240. Wow, banyak tu! Boleh beli 1 keping lagi goldbar 1 gram. Ok, saya decide join ahli pakej RM450 free 1/4 dinar.

Suku Dinar daripada Pakej RM450.00

Dah join ahli, saya rasa kenapa tidak kongsi dan ajak orang untuk simpan emas? Sambil2 boleh jual emas. Tak beli pon, orang dapat ilmu daripada apa yang share pun dah cukup bagus.

Dan lagi saya suka sebab bisnes tak mengganggu adrenaline saya sebab tak perlu kejar deadline. Saya boleh kumpul bonus saya dalam powergold. Carry foward for the next month pon boleh. Bonus saya tak burn kalau tak capai target pada bulan tersebut. Maka, saya boleh cakap bisness Powergold ni adalah bisness santai-santai sahaja tapi boleh buat duit.... Hahaha

Sedikit perkongsian dari saya tentang Powergold. Kepada anda yang nak jadi ahli Powergold, boleh hubungi saya 0129817976 - whatsapp / telegram

Sebarang infor boleh ke Facebook Page saya atau instgaram @sweetlunagold .

Kempen 1 bulan 1 gram 1 keluarga



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.