Showing posts with label Pelaburan emas. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan emas. Show all posts

Tuesday, 13 October 2015

BUKU AKAUN SIMPANAN EMAS, BENARKAH BERBALOI ATAU SEBALIKNYA?

Saya pernah menulis tentang Buku Simpanan Emas di sini
Kali ini saya menulis tentang beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang buku simpanan emas

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama. 
Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Buku Simpanan Emas atau Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri. 

Fakta mengenai Buku Simpanan Emas (Gold Paper)

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank. 

2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan 

3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan. 

4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda. 

5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas. 

6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi? 

7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!! 

8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda. 

9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar. 

Inilah beberapa fakta yang perlu anda tahu.

Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah : 

1- Gold Saving Passbook Account - Maybank 
2- Gold Investment Account - Public Bank 
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House 
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank 
5- Gold Investment Account - UOB Bank

Dengan penerangandi atas jelas menunjukkan simpanan emas fizikal sendiri adalah lebih baik daripada buku simpanan emas. Anda boleh jual seberapa banyak emas yang anda ada, pada bila-bila masa dengan harga jualan balik yang tinggi dan menguntungkan. Tiada rekod tentang simpanan emas anda kecuali anda seorang sahaja yang mengetahuinya.


Sekiranya anda tidak tahu bagaimana hendak menyimpan emas fizikal anda, sila baca entry ini

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui emas yang dijual oleh saya, sila klik sini. Anda juga boleh membeli emas dengan ejen Powergold yang berhampiran dengan anda, sila rujuk senarai ejen di sini

Berminat menjadi ejen Powergold, anda boleh megisi borang keahlian di bahagian bawah blog ini. Keterangan tentang pakej yang disediadakan boleh dibaca di sini atau menghubungi saya melalui whatsapp / telegram di talian 0129817976.

Jom kita menyimpan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan


Tuesday, 29 September 2015

BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS BUKAN BUKU SIMPANAN EMAS!



BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS BUKAN BUKU SIMPANAN EMAS - Apakah maksudnya?

Beli Emas Dapat Emas

Transaksinya begini, anda hubungi saya (whatsapp contohnya)

Anda : " Salam / Hi, saya nak beli gold bar 1 gram berapa ye?"

Saya : W'sa/am, 1 gram RM..... , harga ahli RM.... , postage RM6.35 semenanjung, RM10.60 Sabah Sarawak."

Anda : "Ok, saya nak 1 gram. Boleh bagi no account, saya bank in sekarang"

Saya : [Copy paste no account]

Selepas membuat bayaran

Anda : " Saya dah bayar, ni bukti pembayaran"

Saya : Thanks, boleh bagi nama penuh, alamat, dan no fon untuk tujuan pengeposan.

Anda : [memberikan alamat]

Kemudian, saya poskan emas anda tersebut. Pada keesokan harinya, anda mendapat emas anda.

Simpan Emas Dalam Bentuk Fizikal

Inilah Powergold buat. Kami takde buku simpanan emas. Kami tak ada rekod simpanan emas anda. Kami menjalankan bisnes trading (jual beli emas FIZIKAL)

Buku Simpanan Emas / Pelaburan Emas

Anda pergi ke bank, sampai di kaunter

Anda : "Saya nak buka akaun simpanan emas"

Pegawai Bank : [Menerangkan syarat dan peraturan, mengarahkan anda mengisi borang, membayar sejumlah wang untuk pendaftaran (mungkin)]

Anda : "Untuk permulaan, saya nak beli 1 gram"

Pegawai Bank : "1 gram harga RM.... . Encik bayar jumlah ini nanti saya kemaskinin akaun encik"


Kemudian anda membayar jumlah wang itu dan anda pulang ke rumah dengan membawa buku simpanan emas yang telah dikemas kini tanpa memegang emas anda.

Buku Simpanan Pelaburan Emas

Inilah perbezaan antara Simpan Emas Fizikal dengan Buku Simpanan Emas. Emas fizikal - anda bayar, anda dapat emas. Pelaburan Emas - Anda bayar, buku simpanan emas anda dikemaskini.


Kelebihan menyimpan emas fizikal berbanding buku simpanan emas

  • Anda boleh pegang / simpan emas anda sendiri berbanding buku simpanan emas, anda hanya dapat melihat di atas kertas sahaja nilai emas yang anda simpan.
  • Anda boleh jual pada bila-bila masa yang anda perlu berbanding emas di bank, urusan hanya boleh dilakukan pada waktu operasi bank sahaja.
  • Emas di tangan anda boleh di pajak di Ar - Rahnu ketika anda terdesak, emas di bank tidak boleh terus dipajak, anda perlu keluarkan dulu.
  • Anda boleh menukar emas di tangan anda dalam bentuk lain contohnya gold bar ditukar kepada barang kemas.
  • Hanya anda yang tahu berapa jumlah emas yang anda ada. Emas di dalam akaun bank sudah tentu dapat dikesan oleh pihak bank.

Dari Segi Hukum Islam tentang Buku Simpanan Emas

Berikut adalah Ulasan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang dipetik dari website beliau
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

Di dalam entry yang lain, Ustaz Zaharuddin menulis tentang Pelaburan Emas Halal Di Malaysia. Klik di sini untuk artikel penuh.
Sumber di ambil di sini

Daripada gambar rajah di atas menunjukkan hanya Kuwait Finance House Malaysia Berhad (KFHMB) yang menjalankan pelaburan emas / simpanan emas di bank yang patuh syariah. Maybank dan Public Bank mengamalkan konsep konvensional. Namun sayangnya pada tahun 2015 ini, KFHMB dikatakan akan keluar dari Malaysia. Baca artikel Utusan Malaysia ini.
Oleh itu, apa lagi pilihan kita terutama orang Islam di Malaysia? Tiada lagi cara selain membeli emas fizikal dan menyimpannya sendiri. Kalau di Powergold, anda boleh beli gram yang kecil-kecil serendah 0.5 gram. Oleh itu, anda sememangnya mampu membeli emas dan menyimpannya sendiri

Ingin mngetahui produk Powergold -------------------> Klik Di Sini
Ingin membeli emas -----------------------> Isi Borang Pesanan Emas Ini
Atau anda boleh berhubung terus dengan saya melalui SMS / Whatsapp / Telegram - 0129817976
Khidmat nasihat percuma diberikan

~Kempen 1 gram 1 bulan 1 keluarga~




Saturday, 19 September 2015

Ringkasan Tips Emas

Emas ni senang kita nak bawak lari. Contoh 250g goldbar, kita masuk dalam poket je. Cute je goldbar tu.
Nilai 250g goldbar dlm RM37,000 sekarang. Cuba anda bayangkan, boleh ke masuk poket kalau duit kertas RM37k?

Siapakah guru kita kalau nak belajar emas ni?

Jawapan: Pengalaman. Tidak guna teori kalau tidak praktis. Jadi, buatlah. Silap takpe. Yang penting pengalaman mendewasakan.

Emas ni lambang kekayaan dan kuasa. Dari zaman dulu dulu lagi org dah tau nilai emas ni.

Tahukah anda di Capetown, Siapa paling banyak emas, dia boleh jadi raja. Ramai org kulit quputeh di sana. 

Simpan emas bagus untuk elakkan kebocoran wang, bagi sesiapa yg boros. Amalkan...dapat gaji...beli emas dulu. Pastu baru beli perbelanjaan lain. Simpan emas ni sebenarnya mcm simpan duit je. Selamatkanlah duit kita dari kebocoran; opss terguna ke benda yg tiada nilai atau susut nilai.. 

Jika ada duit banyak selepuk. Jangan terus beli emas selepuk.. beli emas gram sikit sikit. Bila beli sikit²... senang kita nak jual sikit². Kalau beli banyak².. susah pulak nak cari pembeli nanti.

Bisness emas ni bagus.. yg salah adalah program² yg menganiaya atau menipu orang... sebab tu ada orang yang fobia bila kita sebut emas... sebab mungkin dia pernah kena tipu...

Ada orang memang ada niat nak simpan emas.. tapi kadang kadang dia tak grab peluang yg ada tu di depan mata.. masih nak tunggu jugak... 

Orang² yg untung dalam bidang emas:

- Pedagang (trader) 
- Pelabur (investor)
- Penyimpan (saver)

Semua orang secara semulajadi sememangnya seorang penyimpan...saver.. cuma dia nak simpan benda bernilai atau tidak... pilihan itu di tangan kita. Org yg celik je akan jadi penyimpan emas. 

Pelabur ni...dia banyak fikir ROI. Return of investment. Yg dia fikir...saya labur banyak sekian sekian... berapa saya boleh dapat? Ha yg ini banyak org kita suka. Harus hati² sebab takut kena tipu dgn program² pelaburan emas yg buat kita nangis tak berlagu kemudian hari... 

Trader ni...berniaga...jual dan beli balik emas.

Tips:
Kalau org yg ada hobi suka jumpa orang.. sesuai amatlah. Siapa berniaga ni.. sentiasa ada duit.. sumber rezeki 9/10..

Ciri-ciri program emas tipu:

  • Janjikan bulan dan bintang
  • Janjikan pulangan bulanan
  • Eta (Estimate Time Arrival)
  • Opm (other people money)
  • Sewa emas 
  • 70:30

Ingat : Beli emas, mesti dapat emas ~ EMAS FIZIKAL

 Macam mana nak tau harga emas mahal ke murah?

Jawapan: Buat dulu pembelian yg pertama.

Macam mana nak tahu orang yang jual emas online tu trusted or not?

Jawapan: Buat dulu urusan kali pertama dengan dia. Atau check dulu latar belakang..ada dapat recommendation or comment dari org lain tak? Jgn percaya dgn gambar-gambar.. sebab sekarang ramai scammers yg letak gambar baik-baik atau guna gambar orang lain. 

Nak simpan emas kat bank atau tempat simpanan?

Better dah 300g ke atas lah.. yg sikit-sikit tu.. simpan sendiri je lah bagus. 

Kelemahan Emas terletak pada manusia itu sendiri...iaitu..manusia selalu kata emas mahal.... huhu. Atau manusia selalu lupa dia letak emas kat mana...

--
Sent from Fast notepad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.