Showing posts with label Kisah Teladan Simpanan Wang Fiat. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan Simpanan Wang Fiat. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Lagi Kisah Teladan Wang Fiat

Saya banyak kali menyebut, wang fiat bukanlah penyimpan tunai. Bukan setakat dimamah inflasi, wang fiat juga sangat 'fragile'.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'fragile'? Wang fiat cepat rosak dan sekiranya telah rosak, anda masih boleh menukar di bank negara berdasarkan beberapa kriteria

Full value (wang keadaan elok lebih 2/3)
Half value (wang keadaan elok kurang 2/3, melebihi 1/3)
No value - tiada nilai langsung (keadaan wang yang elok kurang 1/3). Artikel penuh boleh di baca di sini 

Saya pernah cerita tentang teladan wang fiat di dalam entry sebelum ini. Klik di sini untuk membaca entry penuh. Baru-baru ini terdapat lagi 2 kes berkaitan wang fiat;


Kisah Pertama

Berita penuh di sini

Perkara tersebut berlaku kerana nenek tersebut berang terhadap anak-anaknya kerana menempatkannya di rumah orang-orang tua. Wang kertas yang telah hancur memang tidak laku lagi.

Kisah Kedua

Kisah kedua berlaku di Mentakab, Pahang di mana seorang wanita menyimpan wang kertas hasil jualannya di dalam tin biskut selama 32 tahun. Baru-baru ini, rumah beliau terbakar dan duit berjumlah RM250,000 hangus terbakar.


Pengajaran Daripada 2 Kisah Di Atas

Duit hancur memang hilang nilai. Emas hancur masih bernilai dan dibahagi tanpa mengurangkan nilai. Sekiranya anda ingin mewariskan wang kepada anak-anak anda, warisilah dalam bentuk emas kerana nilainya tidak pernah merosot.

Wang kertas mudah terbakar seperti kertas-kertas lain. Emas tidak terbakar kerana takat lebur emas sekitar 1064 darjah celsius. Paling teruk pun, emas itu menjadi hitam kerana asap dan bahan bakar. Bayangkan wang itu adalah emas yang bernilai RM250,000? Sudah tentu makcik tersebut masih boleh tersenyum kerana hartanya masih kekal.

Jom simpan emas!

1 bulan 1 gram 1 keluarga

Bicara tentang emas | 0129817976 | Noriah

Produk | Sertai Ahli | Ejen Berhampiran


Saturday, 31 October 2015

Kisah Teladan Simpanan Wang Fiat

Entry kali ini saya ingin ceritakan tentang 2 kisah yang kita boleh jadikan teladan tentang kerugian menyimpan wang fiat (wang kertas dan syiling). Kisah ini adalah kisah benar.

1. Tanam Wang Kertas

Kejadian berlaku di Jiangsu, China. Seorang ibu menanam wang kertas sebanyak 100,000 yuan (RM65,000) di bawah lantai rumah selama 4 tahun. Wang kertas tersebut telah paroi dan tidak laku lagi. Wanita ini mengalami kerugian yang besar atas tindakannya.

Akhbar Harian Metro 31 Ogos 2015 boleh dibaca di sini


2. Simpan syiling RM1.00

Kisah ini diceritakan oleh Awie, penyanyi Kumpulan Wings ketika beliau menjadi tetamu Hot FM. Pada suatu masa dahulu, beliau menyimpan syiling RM1 di rumah. Nilai syiling tersebut adalah lebih kurang RM2000. Akan tetapi syiling tersebut hangus apabila rumah beliau terbakar. Anda mungkin boleh mendengar atau menonton rakaman Hot FM AM Krew bertarikh 26 Oktober 2015 (Saya tidak menjumpai rakaman tersebut di dalam youtube)


Syiling RM1 yang dikeluarkan pada era 90-an


Pengajaran Daripada 2 Kisah di Atas

2 kisah yang kita boleh ambil iktibar kerugian akibat menyimpan wang fiat. Seperti yang kita tahu, emas merupakan logam yang sangat utuh walaupun tersimpan di dalam perut bumi bertahun-tahun.

Daripada kisah pertama, sekiranya wanita tersebut menggantikan wang kertas itu kepada emas yang bernilai sama (100,000 yuan), sudah tentu emas itu masih elok walaupun tersimpan 4 tahun di bawah lantai dapur rumahnya. Malah, dia dapat menjual emas itu dengan harga yang lebih tinggi serta mendapat pulangan lebih daripada itu kerana harga emas meningkat saban tahun. (Purata kenaikan harga emas adalah 15% setahun tapi pada hakikatnya ia lebih daripada 20% setahun).

Kisah kedua pula, syiling RM1 hangus terbakar dijilat api. Sekiranya syiling RM1 itu adalah syiling emas dan jumlahnya RM2000 juga, anda rasa emas itu akan hangus atau tidak????

Ini yang kita perlu tahu, emas merupakan logam yang sangat stabil. Takat lebur emas adalah 1064.81 darjah ceulcis. Tingi kan?

Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180 darjah celcius, kek dah cukup masak, pada suhu ini juga kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah pun dah boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini.

Suhu api rumah terbakar pula adalah sekitar 530 darjah celcius. Sumber adalah di sini . Suhu ini masih belum mampu mencairkan atau memusnahkan emas. Emas, kalau cair pun masih berharga, malah habuk emas pun berharga.

Semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita untuk menyimpan emas.

Dapatkan emas murah : text saya 0129817976
Sekiranya anda mahu sertai saya membeli emas lebih murah daripada harga pasaran, anda boleh mengisi borang keahlian di blog ini atau berhubung dengan saya.
Untuk mengetahui jenis-jenis emas yang saya jual bole lihat di sini
Sekiranya anda ingin mendapatkan emas daripada ejen saya, boleh lihat senarai ejen di sini.

~ SIMPAN EMAS MENJANA EKONOMI UMMAH~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.