Friday, 13 November 2015

Hadiahkan Emas Untuk Rakan Anda

Semua orang tahu emas mahal. Nak hadiahkan rantai tangan emas pun paling kurang RM1,000. Itu pun dapat yang halus sangat, kurang 5 gram. Nak spend RM1K untuk hadiah kepada kawan-kawan memang rasanya tidak masuk akal melainkan kita di kalangan orang berada. Betul tak?

Bagaimana nak hadiahkan emas kepada rakan? Ok, Powergold ada emas serendah 0.5 gram syiling, 1 gram gold bar, dan 1/4 dinar (1.0625 gram). Ketulenan emas adalah 999.9 iaitu 24 karat. Harga untuk 0.5 gram sekitar RM110, 1 gram sekitar RM200 dan 1/4 dinar RM220 (Ini adalah harga semasa entry ini ditulis pada November 2015. Harus diingat, harga emas tidak sama dan akan naik pada tahun berikutnya). Dengan harga macamni masuk akal tak untuk menghadiahkan emas kepada rakan kita? Berikut adalah beberapa contoh tujuan pemberian hadiah emas kepada rakan kita.

1. Hadiah Perkahwinan

Kalau kawan-kawan kita kahwin, kita biasanya akan belikan hadiah untuk mereka. Hadiah yang paling kerap diberikan adalah pinggan mangkuk, periuk nasi, cerek, dapur, microwave, jam dinding, tupperware dan beberapa lagi barang elektrik atau kelengkapan dapur. Kadang-kadang dapat sampai 2,3 biji micowave, pinggan mangkuk berdozen-dozen. Bila hadiah yang sama diperolehi, maka si pengantin pun bagila sikit kpada ibu, sikit kepada ibu mertua dan sikit kepada saudara-mara. Ada pinggan mangkuk yang tersimpan rapi di bilik pengantin bertahun-tahun tidak digunakan. Ada juga hadiah yang diperolehi tu dihadiahkan pula kepada pengantin lain.

Bagaimana pula sekiranya kita beli 1 gram gold bar kepada pasangan pengantin ini? Kemudian ada juga rakan lain hadiahkan 1 gram lagi. Bila dikumpul, pengantin dapat 5 keping gold bar 1 gram. Dah dapat 5 keping 1 gram gold bar yang sama, agak-agak pasangan pengantin ni bagi kat orang lain lagi 4 keping atau ambil semua 5 keping itu untuk simpan? Sudah tentu akan simpan sebab semua orang tahu emas berharga. Lagi banyak dapat, mestila pengantin lagi suka.


Packaging 1gram dan 0.5 gram yang cantik sesuai dijadikan hadiah

2. Pasangan Yang Baru Menimang Cahaya Mata

Apa hadiah yang bayi baru lahir dapat? Biasanya baju, hamper (baju, mandian, lotion, dan lain-lain), barang mainan, tilam, bantal, lampin kain moden dan sebagainya. Kebanyakan hadiah yang diberikan adalah bersifat sementara seperti baju yang hanya boleh dipakai sehingga 6 bulan, barang mandian yang habis digunakan untuk beberapa hari, mainan yang boleh bertahan beberapa bulan sahaja. Yang lagi sedih, ada ibu bapa yang jual balik hadiah-hadiah ni dalam group preloved item sebab tidak digunakan dan dilabel sebagai 'unwanted gift'.

Maka, emas adalah hadiah yang bersifat kekal. Emas boleh dijadikan sebagai tabung kepada bayi yang baru lahir ini. Saya ada menulis tentang tabungan emas untuk bayi. Anda boleh baca entry ini. Saya sangat yakin dan percaya ibu bapa bayi ini tentu sangat gembira kalau dapat hadiah emas dan sudah pasti akan menyimpan hadiah ini sebaik mungkin.

1/4 Dinar juga sesuai dijadikan hadiah. Dinar ini sangat cantik coraknya

3. Rakan Sekerja Yang Berpencen / Berpindah

Apabila rakan sekerja kita akan berpencen atau berpindah, biasanya kita akan raikan di dalam majlis perpisahan. Dalam majlis itu, sudah pasti kita akan hadiahkan sesuatu kepada rakan kita ini sebagai kenang-kenangan. Kalau kita hadiahkan emas, walaupun kecil sudah tentu rakan kita gembira sangat. Dapat emas, siapa tak seronok. Barang yang paling berharga di dunia.

Setelah itu, apa yang boleh dilakukan oleh mereka-mereka ini dengan emas yang mereka dapat?

  • Kewangan segera - boleh dipajak di ar-rahnu sekiranya memerlukan wang segera. Kemudian, boleh tebus balik. Emas itu tetap menjadi milik tuannya
  • Simpanan masa hadapan - sesuai untuk pasangan pengantin dan bayi yang baru lahir. Emas ini boleh ditukarkan kepada wang ketika mana memerlukan wang.
  • Dapat mendidik mereka untuk menjadi penyimpan emas. Apabila dapat emas, mereka mungkin sedar betapa bagusnya simpan emas ini dan membuka mata mereka untuk menyimpan lebih banyak emas.
  • Dan macan-macam lagi. Boleh rujuk entry ini.
Itu sahaja setakat ini. Semoga anda ada idea untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat rakan anda. Sekiranya berminat untuk membeli emas Powergold, anda boleh lihat senarai produk Powergold di sini. Anda boleh mengubungi saya di talian 0129817976 atau melalui ejen saya sekiranya berminat untuk membeli emas.

Sekiranya anda ingin menyertai Powergold di bawah legasi saya untuk membeli dengan harga yang lebih murah, anda boleh;
  • Lengkapkan borang keahlian di bawah entry ini atau
  • Whatsapp / Telegram saya 0129817976 atau
  • Emailkan permohonan anda di sweetlunagold[at]gmail[dot]com atau
Keterangan tentanng pakej Powergold ada di sini

Jom mulakan simpanan emas 1 gram 1 bulan 1 keluarga. Simpan emas menjana ekonomi ummah!


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.