Tuesday, 27 October 2015

Tips Membeli Emas

Sebenarnya banyak perkara yang kita perlu tahu sebelum membeli emas. Tanpa ilmu emas, kita mungkin tertipu dengan penjual emas. Sedikit perkongsian yang saya dapat daripada "Whatsapp Group" geng-geng emas saya.

SPREAD YANG RENDAH

Spread - Harga mahal tak penting, yang penting nilai belian semula.
Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Spread jual beli goldbar di Powergold dari 3-8% bergantung pada berat dan pakej keahlian. Kebiasaan di lain-lain tempat untuk dapat spread 8% anda perlu membeli goldbar yang berat minima 10 gram tetapi di Powergold dengan berat 1 gram spread sudah dikira 7-8%. Jadi dengan simpanan 1 gram sudah mampu memberikan anda keuntungan yang cepat dan banyak.

Contoh Kiraan

1) Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat A dengan harga RM150 dengan kadar spread 12%

2) Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat Powergold dengan harga RM150 dengan kadar Spread 8%

Andaikata dalam masa 2 bulan goldbar 1 gram harga naik ke RM180 dan anda ingin jual kembali

1) Syarikat A akan membayar anda RM158.40

Cara kiraan spread 12% dari harga semasa RM180 adalah RM21.60
RM180-RM21.60 = Harga bersih yang anda dapat RM158.40, anda untung RM8.40 per gram

2) Syarikat Powergold akan membayar anda RM165.60

Cara kiraan spread 8% dari harga semasa RM180 adalah RM14.40
RM180-RM14.40 = Harga bersih yang anda dapat RM165.40, anda untung RM15.40 per gram


Gold Bar 1 gram Amethyst - Produk Powergold

Tips Untuk Belian Barang Kemas

Soalan : Simpanan aset barang kemas (BK) boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yang perlu dielakkan, macam mana tu??

Berkenaan BK (brg kemas). Permintaannya memang tinggi namun jika untuk kita jual balik, susut nilai atau spreadnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan 18% hingga 45%.

BK ni mempunyai dwipenggunaan iaitu boleh dijadikan sebagai perhiasan (pakai) dan juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Namun perlu tahu jenis yang mana boleh 2 dalam 1 & yang mana satu penggunaannya. Oleh itu, sebaik-baiknya pilihlah 2 in 1 berbanding 1 in 1 sahaja. Disitulah kesilapan yang perlu dielakkan

1 - Gred Ketulenan
Pilihlah gred emas yg tinggi, iaitu 24k atau 22k. Jgn bawah daripada 22k kerana di situ kurangnya kandungan emas di dalamnya. Apabila semakin tinggi gred emas tu maka semakin tinggilah nilainya.

2 - Jenis Item
Jangan pilih BK yg banyak sangat lopong-lopong, kerewang-kerewang, ada batu (cincin adea batu permata), design lebih-lebih sangat, emas disalut chrome, kosong di dalam (contohnya loket love yg kosong di dalamnya), Sebaliknya pilih BK yang solid dan padu. Seperti jenis gajah padu, rantai mesin, cincin belah rotan, loket padu dan lain-lain.
Contoh Barang Kemas Yang Simple Tapi Padu

3 - Harga
Harga pun mainkan peranan penting jgk. Byk kedai yg menawarkn harga emas yg berbeza tp kualiti atau ketulenan emas tu sama je. Cthnya kedai A jual ketulenan BK 916 pd harga RM175/g, manakala kedai B pula jual pd harga RM189/g dgn ketulenan emas yg sama juga 916. Tp de jgk 1 kedai tu, kedai C de jual RM163/g pun emas 916, ketulenan yg sama. So mana pilihan anda? Kenapa perlu byr lebih sedangkn ketulenannya yg sama, harga je berbeza. So kena rajin survey

4 - Kadar Upah Tukang (Upah)
Yang ni sangat penting dan selalu orang terlepas pandang. Konon ada kedai menawarkan harga rendah tapi upahnya pula tinggi. Ada kedai yang jual pada harga tinggi tapi upah sederhana boleh tahan la. Begitu juga, kita kena pandai memilih. Jadilah pengguna yang bijak. Kena buat survey dulu. Utk pengetahuan, upah ni kita boleh nego lagi dengan tokey kedai. So, amalkan tawar menawar di situ. Tak salah untuk tawar menawar, dah nama pun jualbeli kan. Lepas tu jugak kena mahir main kira-kira. Dah tahu harga emas segram tu berapa, lepas tu bila tokey kedai tu bagitahu terus je harga 1 item BK tu, so kita leh kira sendiri sebab nak tahu berapa upahnya. Jadi tokey pun nampak kita ni ada ilmu, tak mudah di tipu melainkan harga emas di kedai tu dah tetap.

Nak beli Gold Bar atau barang kemas? Boleh whatsapp atau telegram saya 0129817976

Antara produk Powergold, sila klik di sini atau anda boleh menghubungi ejen saya. Klik di sini

Berminat menyertai Powergold dan ingin membeli dengan harga ahli, sila lengkapkan borang keahlian di bahagian bawah entry ini atau whatsapp / telegram saya 0129817976



1 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.