Saturday 31 October 2015

Kisah Teladan Simpanan Wang Fiat

Entry kali ini saya ingin ceritakan tentang 2 kisah yang kita boleh jadikan teladan tentang kerugian menyimpan wang fiat (wang kertas dan syiling). Kisah ini adalah kisah benar.

1. Tanam Wang Kertas

Kejadian berlaku di Jiangsu, China. Seorang ibu menanam wang kertas sebanyak 100,000 yuan (RM65,000) di bawah lantai rumah selama 4 tahun. Wang kertas tersebut telah paroi dan tidak laku lagi. Wanita ini mengalami kerugian yang besar atas tindakannya.

Akhbar Harian Metro 31 Ogos 2015 boleh dibaca di sini


2. Simpan syiling RM1.00

Kisah ini diceritakan oleh Awie, penyanyi Kumpulan Wings ketika beliau menjadi tetamu Hot FM. Pada suatu masa dahulu, beliau menyimpan syiling RM1 di rumah. Nilai syiling tersebut adalah lebih kurang RM2000. Akan tetapi syiling tersebut hangus apabila rumah beliau terbakar. Anda mungkin boleh mendengar atau menonton rakaman Hot FM AM Krew bertarikh 26 Oktober 2015 (Saya tidak menjumpai rakaman tersebut di dalam youtube)


Syiling RM1 yang dikeluarkan pada era 90-an


Pengajaran Daripada 2 Kisah di Atas

2 kisah yang kita boleh ambil iktibar kerugian akibat menyimpan wang fiat. Seperti yang kita tahu, emas merupakan logam yang sangat utuh walaupun tersimpan di dalam perut bumi bertahun-tahun.

Daripada kisah pertama, sekiranya wanita tersebut menggantikan wang kertas itu kepada emas yang bernilai sama (100,000 yuan), sudah tentu emas itu masih elok walaupun tersimpan 4 tahun di bawah lantai dapur rumahnya. Malah, dia dapat menjual emas itu dengan harga yang lebih tinggi serta mendapat pulangan lebih daripada itu kerana harga emas meningkat saban tahun. (Purata kenaikan harga emas adalah 15% setahun tapi pada hakikatnya ia lebih daripada 20% setahun).

Kisah kedua pula, syiling RM1 hangus terbakar dijilat api. Sekiranya syiling RM1 itu adalah syiling emas dan jumlahnya RM2000 juga, anda rasa emas itu akan hangus atau tidak????

Ini yang kita perlu tahu, emas merupakan logam yang sangat stabil. Takat lebur emas adalah 1064.81 darjah ceulcis. Tingi kan?

Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180 darjah celcius, kek dah cukup masak, pada suhu ini juga kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah pun dah boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini.

Suhu api rumah terbakar pula adalah sekitar 530 darjah celcius. Sumber adalah di sini . Suhu ini masih belum mampu mencairkan atau memusnahkan emas. Emas, kalau cair pun masih berharga, malah habuk emas pun berharga.

Semoga tulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita untuk menyimpan emas.

Dapatkan emas murah : text saya 0129817976
Sekiranya anda mahu sertai saya membeli emas lebih murah daripada harga pasaran, anda boleh mengisi borang keahlian di blog ini atau berhubung dengan saya.
Untuk mengetahui jenis-jenis emas yang saya jual bole lihat di sini
Sekiranya anda ingin mendapatkan emas daripada ejen saya, boleh lihat senarai ejen di sini.

~ SIMPAN EMAS MENJANA EKONOMI UMMAH~





Tuesday 27 October 2015

Tips Membeli Emas

Sebenarnya banyak perkara yang kita perlu tahu sebelum membeli emas. Tanpa ilmu emas, kita mungkin tertipu dengan penjual emas. Sedikit perkongsian yang saya dapat daripada "Whatsapp Group" geng-geng emas saya.

SPREAD YANG RENDAH

Spread - Harga mahal tak penting, yang penting nilai belian semula.
Rata-rata, orang beli emas untuk simpanan jangka panjang dan nak dapat keuntungan. Jadi kalau matlamat anda adalah keuntungan, anda mesti beli item yang spread paling rendah. Spread akan menentukan berapa cepat dapat untung, dan berapa banyak keuntungan anda dapat bila jual emas tu nanti. Lagi rendah spread, lagi cepat untung.

Spread jual beli goldbar di Powergold dari 3-8% bergantung pada berat dan pakej keahlian. Kebiasaan di lain-lain tempat untuk dapat spread 8% anda perlu membeli goldbar yang berat minima 10 gram tetapi di Powergold dengan berat 1 gram spread sudah dikira 7-8%. Jadi dengan simpanan 1 gram sudah mampu memberikan anda keuntungan yang cepat dan banyak.

Contoh Kiraan

1) Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat A dengan harga RM150 dengan kadar spread 12%

2) Anda beli goldbar 1 gram dari syarikat Powergold dengan harga RM150 dengan kadar Spread 8%

Andaikata dalam masa 2 bulan goldbar 1 gram harga naik ke RM180 dan anda ingin jual kembali

1) Syarikat A akan membayar anda RM158.40

Cara kiraan spread 12% dari harga semasa RM180 adalah RM21.60
RM180-RM21.60 = Harga bersih yang anda dapat RM158.40, anda untung RM8.40 per gram

2) Syarikat Powergold akan membayar anda RM165.60

Cara kiraan spread 8% dari harga semasa RM180 adalah RM14.40
RM180-RM14.40 = Harga bersih yang anda dapat RM165.40, anda untung RM15.40 per gram


Gold Bar 1 gram Amethyst - Produk Powergold

Tips Untuk Belian Barang Kemas

Soalan : Simpanan aset barang kemas (BK) boleh dijadikan simpanan asalkan kita tahu kesilapan yang perlu dielakkan, macam mana tu??

Berkenaan BK (brg kemas). Permintaannya memang tinggi namun jika untuk kita jual balik, susut nilai atau spreadnya adalah tinggi iaitu dalam lingkungan 18% hingga 45%.

BK ni mempunyai dwipenggunaan iaitu boleh dijadikan sebagai perhiasan (pakai) dan juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Namun perlu tahu jenis yang mana boleh 2 dalam 1 & yang mana satu penggunaannya. Oleh itu, sebaik-baiknya pilihlah 2 in 1 berbanding 1 in 1 sahaja. Disitulah kesilapan yang perlu dielakkan

1 - Gred Ketulenan
Pilihlah gred emas yg tinggi, iaitu 24k atau 22k. Jgn bawah daripada 22k kerana di situ kurangnya kandungan emas di dalamnya. Apabila semakin tinggi gred emas tu maka semakin tinggilah nilainya.

2 - Jenis Item
Jangan pilih BK yg banyak sangat lopong-lopong, kerewang-kerewang, ada batu (cincin adea batu permata), design lebih-lebih sangat, emas disalut chrome, kosong di dalam (contohnya loket love yg kosong di dalamnya), Sebaliknya pilih BK yang solid dan padu. Seperti jenis gajah padu, rantai mesin, cincin belah rotan, loket padu dan lain-lain.
Contoh Barang Kemas Yang Simple Tapi Padu

3 - Harga
Harga pun mainkan peranan penting jgk. Byk kedai yg menawarkn harga emas yg berbeza tp kualiti atau ketulenan emas tu sama je. Cthnya kedai A jual ketulenan BK 916 pd harga RM175/g, manakala kedai B pula jual pd harga RM189/g dgn ketulenan emas yg sama juga 916. Tp de jgk 1 kedai tu, kedai C de jual RM163/g pun emas 916, ketulenan yg sama. So mana pilihan anda? Kenapa perlu byr lebih sedangkn ketulenannya yg sama, harga je berbeza. So kena rajin survey

4 - Kadar Upah Tukang (Upah)
Yang ni sangat penting dan selalu orang terlepas pandang. Konon ada kedai menawarkan harga rendah tapi upahnya pula tinggi. Ada kedai yang jual pada harga tinggi tapi upah sederhana boleh tahan la. Begitu juga, kita kena pandai memilih. Jadilah pengguna yang bijak. Kena buat survey dulu. Utk pengetahuan, upah ni kita boleh nego lagi dengan tokey kedai. So, amalkan tawar menawar di situ. Tak salah untuk tawar menawar, dah nama pun jualbeli kan. Lepas tu jugak kena mahir main kira-kira. Dah tahu harga emas segram tu berapa, lepas tu bila tokey kedai tu bagitahu terus je harga 1 item BK tu, so kita leh kira sendiri sebab nak tahu berapa upahnya. Jadi tokey pun nampak kita ni ada ilmu, tak mudah di tipu melainkan harga emas di kedai tu dah tetap.

Nak beli Gold Bar atau barang kemas? Boleh whatsapp atau telegram saya 0129817976

Antara produk Powergold, sila klik di sini atau anda boleh menghubungi ejen saya. Klik di sini

Berminat menyertai Powergold dan ingin membeli dengan harga ahli, sila lengkapkan borang keahlian di bahagian bawah entry ini atau whatsapp / telegram saya 0129817976



Tuesday 13 October 2015

BUKU AKAUN SIMPANAN EMAS, BENARKAH BERBALOI ATAU SEBALIKNYA?

Saya pernah menulis tentang Buku Simpanan Emas di sini
Kali ini saya menulis tentang beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang buku simpanan emas

Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama. 
Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Buku Simpanan Emas atau Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri. 

Fakta mengenai Buku Simpanan Emas (Gold Paper)

1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank. 

2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan 

3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan. 

4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda. 

5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas. 

6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi? 

7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!! 

8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda. 

9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar. 

Inilah beberapa fakta yang perlu anda tahu.

Di antara Institusi kewangan yang menawarkan produk ini di Malaysia ialah : 

1- Gold Saving Passbook Account - Maybank 
2- Gold Investment Account - Public Bank 
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House 
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank 
5- Gold Investment Account - UOB Bank

Dengan penerangandi atas jelas menunjukkan simpanan emas fizikal sendiri adalah lebih baik daripada buku simpanan emas. Anda boleh jual seberapa banyak emas yang anda ada, pada bila-bila masa dengan harga jualan balik yang tinggi dan menguntungkan. Tiada rekod tentang simpanan emas anda kecuali anda seorang sahaja yang mengetahuinya.


Sekiranya anda tidak tahu bagaimana hendak menyimpan emas fizikal anda, sila baca entry ini

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui emas yang dijual oleh saya, sila klik sini. Anda juga boleh membeli emas dengan ejen Powergold yang berhampiran dengan anda, sila rujuk senarai ejen di sini

Berminat menjadi ejen Powergold, anda boleh megisi borang keahlian di bahagian bawah blog ini. Keterangan tentang pakej yang disediadakan boleh dibaca di sini atau menghubungi saya melalui whatsapp / telegram di talian 0129817976.

Jom kita menyimpan emas sekurang-kurangnya 1 gram sebulan


Friday 9 October 2015

Suri Rumah Boleh Menyimpan Emas Dengan Duit Terpijak

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang ahli Powergold di bawah legasi Sweet Luna Gold. Beliau merupakan penyimpan emas dari tahun 2010 lagi dan menyertai Powergold kerana mahu menyimpan emas yang kecil. Ternyata apa yang dikongsikan oleh beliau ini telah pun beliau praktikkan dan berjaya!

Teruskan membaca untuk mengetahui caranya.

1) Kaedah Duit Terpijak

Seorang isteri tak kiralah suri rumah atau pun tidak biasanya akan menguruskan hal - hal rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian dan sebagainya.

Pernah tak setiap kali nak basuh baju, terjumpa syiling atau wang kertas RM1 (wang kecil) dalam poket seluar suami? Pernah tak jumpa syiling merata-rata di atas meja, almari dan sebagainya? Seriously, orang lelaki tak suka syiling sebab kebanyakan wallet lelaki tak ada compartment untuk syiling dan mereka tak suka syiling berada dalam pocket seluar sebab takut koyak.

Syiling suami saya yang disepahkan di dalam almari pakaian

Di sinilah peranan isteri atau suri rumah. Anda boleh kutip semua duit-duit yang anda jumpa di dalam rumah anda dan masukkan ke dalam tabung. Buatkan tabung syiling dan tabung wang kertas. 

Syiling ni anda kumpul, kumpul dan kumpul sehinggalah tabung syiling tu penuh. Kemudian, jangan tukar / simpan di bank sebab mesin kiraan syiing di bank kadang-kadang tak sama dengan jumlah yang kita kira. Kadang-kadang lebih dan kadang-kurang. Kalau lebih tak apalah, kalau kurang, rugi kita.
Anda boleh asingkan siap-siap syiling supaya senang nak kira nanti

Setelah anda kira syiling tersebut, anda tukarlah di kedai runcit atau kedai makan. Biasanya kedai-kedai ini tak akan kira balik syiling tu sebab banyak kan. Kedai mamak kebanyakannya tak kira langsung. Maka dengan duit yang dah ditukar tu anda tukar pula dengan emas 1 gram! Ha, inilah antara cara yang boleh dipraktikkan oleh para isteri atau suri rumah untuk menyimpan emas dengan duit TERPIJAK! Ni namanya tukar syiling kepada 1 gram emas.

P/S : Dah jumpa duit-duit tu, bagitahu suami yang anda mahukan duit itu ya. Jangan ambil tanpa kebenaran pula. Tapi biasanya orang lelaki tak kisah pun dengan syiling-syiling yang memberatkan poket seluar mereka ni.

2) Kaedah Duit Haram

Kenapa panggil duit haram? Caranya adalah anda haramkan penggunaan duit RM5 dan RM20 di rumah anda. Namakan tabung hijau dan tabung oren. Pastikan wang kertas RM5 dan RM20 dimasukkan ke dalam tabung mereka setiap hari. Cukup sahaja duit itu, anda beli 1 dinar. Ada yang cakap susah sebab perlukan disiplin yang tinggi. Tapi sekiranya anda letak target, mesti boleh. Sama juga orang buat tabung untuk melancong. Target adalah melancong dan anda memaksa diri untuk masukkan duit ke dalam tabung melancong tu.

Tabung Hijau dan Tabung Oren
Catatkan simpanan si oren di kertas
Catatkan untuk si hijau juga
Kepada anak-anak, didik mereka untuk menyimpan sendiri. Wang lebihan belanja di sekolah, anda arahkan mereka masuk ke dalam tabung. Cukup haul, tukar duit mereka kepada emas untuk mereka. Didik mereka menyimpan emas dari kecil.

Selamat mencuba semua. Ingin mengetahui lanjut tentan jenis-jenis emas yang dijual oleh Powergold, sila klik di sini

Atau anda boleh berhubung terus dengan saya di talian 0129817976 (whatsapp / telegram) atau menghubungi ejen - ejen yang berdekatan anda sekiranya ingin bertanyakan tentang Powergold. Sila lihat senarai ejen Powergold di sini.

Kempen 1 gram 1 bulan 1 keluarga

Jom simpan emas!

Saturday 3 October 2015

Mulakan Simpanan Emas Sejak Bayi



Setiap ibu bapa mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Macam-macam perkara yang dibuat untuk menjamin masa depan anak-anak terjamin

Ada yang membeli takaful untuk anak-anak sejak dalam kandungan lagi

Ada yang membuka akaun SSPN supaya anak mereka punya dana untuk melanjutkan pelajaran di universiti

Ada juga menolak wang gaji dari akaun bank secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji atau akaun pendidikan anak-anak.

Semua dilakukan adalah untuk memastikan anak itu tidak terkapai-kapai di masa hadapan.

Pernahkah anda terfikir untuk membuat TABUNGAN EMAS untuk anak anda? Seperti yang kita tahu, nila wang fiat akan merosot dan dimamah inflasi. Nilai RM1000 pada tahun 2015 nilainya tidak sama pada tahun 2025. Jika dikira kemerosotan wang kertas sebanyak 5% setahun (purata), nilai RM1000 pada tahun 2025 adalah bersamaan RM500 sahaja pada tahun 2015.

Jika dilihat nilai emas pula, emas ini tidak dimamah inflasi malah harga emas akan sentiasa naik sepanjang tahun. Kenaikan harga emas adalah 15% setahun (purata). Baiklah, mari kita kira simpanan emas sebulan segram untuk bayi anda selama 10 tahun.

1 bulan 1gram
1 tahun = 12 gram
10 tahun = 120 gram (katakan anda hanya menyimpan selama 10 tahun sahaja)
(Ingat! Zakatkan emas itu kerana sudah lebih 85 gram. Jangan runsing kena bayar zakat, simpan duit pun kena zakat juga. Zakat itu menyucikan harta kita, dapat pula pahala dengan membayar zakat)

Kemudian, 120 gram itu anda simpan, dan pada usia anak anda 18 tahun, anak ingin jual emas tersebut untuk menaja pendidikan anak anda.

Kita lihat pula harga emas: (anggaran harga emas naik 15% setahun)

Tahun 2015 - RM175 segram (0 tahun)
Tahun 2016 - RM201.25 segram (1 tahun)
Tahun 2017 - RM231.44 segram (2 tahun)
Tahun 2033 - RM472.50 segram (18 tahun)

Anda telah pun mempunyai 120 gram emas yang disimpan pada tahun 2015 sehinga tahun 2020 dan apabila tahun 2033, anda ingin menjual emas itu.

Harga emas RM472.50
Susut nilai 8% = rm37.80
Nilai emas yang anda boleh jual = RM434.70
Jumlah wang yang anda dapat pada masa itu ialah
RM434.70 X 120 = RM52,164.00


Keratan akhbar Berita Harian

Maka jumlan RM52,164 itu mungkin dapat menampung pengajian anak anda selama 3 ke 5 tahun di universiti.

Semoga dapat memberi gambaran pada anda macam mana cara nak simpan emas untuk pendidikan anak anda?


Jom mulakan sekarang
Ingin mengetahui produk Powergold -------------------> Klik Di Sini
Ingin membeli emas -----------------------> Isi Borang Pesanan Emas Ini
Atau anda boleh berhubung terus dengan saya melalui SMS / Whatsapp / Telegram - 0129817976
Khidmat nasihat percuma diberikan

~Kempen 1 gram 1 bulan 1 keluarga~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian

Nama Penuh:
Email:
Username (2 perkataan - contoh nash gold) :
No. Telefon:
Alamat 1 :
Alamat 2 :
Alamat 3 :
Bandar :
Poskod :
Negeri :
Pilihan Pakej: Pakej Gold (RM350)
Pakej Solid Gold (RM450)
Pakej Super Power Gold (RM3,800)
Caj Penghantaran: Semenanjung (RM6.35)
Sabah / Sarawak / Labuan(RM10.60)
Pembayaran : Maybank
CIMB
Kad Kredit melaui Paypal (caj 4% akan dikenakan)
Komen (Sekiranya ada) :

Get your own free form like this one.